Autobiography
♥♥♥ Hye ! Welcome to my Riotz World ♥♥♥ P/S : Please be nice here , thank you Status <3
BIOMEDICAL SCIENCES STUDENTS IIUM KUANTAN
My Music Credits
Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : Scha Aye Jay Others: ♥♥♥ ♦-----------------------------------------♦
| Sacrifies for friends..
Kenapa probs tak pernah stop datang dalam hidup mereka?
Sikit-sikit mesti ada sahaj probs yang menimpa mereka. Apa mereka ni jahat
sangat ke? Okay, maybe nama group mereka macam ganas iaitu G.C.M stands for
Great Crime Maker tapi tak adalah sehebat M.S.S stands for Moon Shooting Scuad.
Apa yang mereka buat cuma bawa barang yang disenaraikan haram oleh pihak asrama
sahaja. Nama tu pun direka secara spontan and tak ada kaitan apa-apa pun.
“ Pergi
m****s lah kau perempuan ! “, jerit Riez kepada Effy.
Effy
tidak mahu kalah, “ B***, s***”. Okay, it’s too much for girls to say it.
Effy
terus menghilangkan diri setelah berjumpa dengan Riez kononnya untuk
menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka berdua. Argh, settle apa macam
tu?!! Makin burukkan keadaan lagi adalah, elok-elok nama G.C.M tak terlalu
dibangkitkan dalam kes ni terus berkaitlah lepas ni. Pelajar-pelajar yang lain
segera bergegas pulang ke asrama, kalau
senior Nampak habis kena soal siasat.
Tiba-tiba
Asha datang dan menerpa Lyssa dan Ziera. Nampak macam mustahak jewk, tapi Asha
datang untuk cakap something pada Ziera. Lyssa cuba ambil tahu apa yang sedang
dibicarakan mereka berdua, Nampak macam private and confidential jewk.
“ Fied
nak kau jangan bergaul dengan budak G.C.M lagi after this macam apa yang Hanz
suruh Fiqa buat”, Asha memulakan kata-katanya.
Ziera
berfikir sejenak, “ Okay, aku buat macam apa yang Fiqa buat asalkann Fied buat
as what Hanz buat. Cakap ngan dia, it’s a deal “.
Asha
pun faham dengan apa yang Ziera katakana dan membuat simbol O.K kepada Ziera.
Lyssa yang agak terkejut mendengar perbualan sebentar tadi terus, mencari
member G.C.M yang lain. Ini berita tergempar ni! Dah lah budak laki kutuk-kutuk
G.C.M , ni nak rampas seorang demi seorang daripada mereka pula? It’s seems too
much..
Ketika
kelas, Ziera dan Fiqa duduk berjauhan daripada member G.C.M yang lain. Dah sah
mereka dah terkena spell daripada scandal dua orang ni. Fiqa tu boleh accept
lagi sebab memang dari dulu dia duduk dengan Fella tapi bila Asha ajak Ziera
duduk meja group lain, it’s seems weird of course.
Lyssa
yang agak kecewa dengan apa yang dia lihat terus memaki hamun Fied di hadapan
Nola dan Sofie. Mereka berdua faham perasaan Lyssa, siapa sanggup lihat kawan
sendiri menjauhkan diri semata-mata nak ikutkan kemahuan lelaki yang tak guna
tu. Apa hak laki tu nak control seseorang? Setakat nama couple or in
relationship, doesn’t mean korang dah berhak nak kongkong orang lah !
Tanpa
disedari air mata mengalir ke pipi mereka bertiga bila memikirkan hal tersebut
namun mereka cuba menyembunyikannya apabila Ziera datang menghampiri mereka.
Ziera mengajak mereka untuk ke kelas, hanya Nola sahaja yang mahu meneman
sedangkan Lyssa dan Sofie menuju ke kantin untuk membeli makanan.
Setibanya
di kelas, Nola member laporan soal-siasat antara dia dan Ziera. “ Dia kata, dia
tak akan tinggalkan kita semua. Kalau diberi pilihan antara G.C.M dan Fied, dia
akan pilih G.C.M “.
“ Habis
tu asal dia cakap macam tu dulu?”. Nola menjawab, “ Tu aku tak tanya pula, yang
penting sekarang ni kita kena pegang pada janji dia and Fiqa “.
Tanpa
membantah apa-apa, mereka pun mula memberi
kepercayaan yang menyeluruh kepada kawan mereka. Selepas ini, mereka tak
mahu lagi Fiqa dan Ziera berhubungan dengan Hanz serta Fied jika mereka
benar-benar memilih G.C.M .Waktu persekolahan telah pun tamat dan mereka segera
menuju ke surau untuk solat Zohor. Hari ini mereka rasa gembira bila mendengar
janji daripada rakan mereka. Rasanya, akan ada
berita baik baru lepas ni.
Seperti
yang mereka jangkakan, setelah selesai solat Fella datang menghampiri geng G.C.M. Katanya ‘Effy
dan Riez dah berdamai ! Tadi both of them dah bermaaf maafan’. Huh, syukur !
Setelah lama memujuk Effy untuk berdamai, akhirnya dia bersetuju juga. Kan
senang kalau minta maaf, hope lepas ni G.C.M dah tak ada lagi sebarang masalah
dengan budak lelaki.
Setelah beberapa hari kes tersebut settle, G.C.M langsung
tiada masalah dengan budak lelaki. Namun… Bak kata pepatah ‘ kusangkakan panas
hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari ‘. Agak-agak dapat teka apa yang
dimaksudkan? Okay, senang cakap G.C.M tiba-tiba menjadi musuh kepada budak
lelaki terutama bagi sesiapa yang ber-couple.
Hari-hari
G.C.M dikutuk, dimaki dan dicaci just sebab apa yang mereka lakukan pada Ziera
dan Fiqa. G.C.M dikatakan anti-couple, pemain perasaan lelaki dan bajet
gangster. Argh! Ni lebih teruk daripada kes Effy. Lyssa rasa tak senang dengan
apa yang berlaku pada G.C.M dan Lyssa makin rasa tertekan apabila dia jadi
ancaman utama kerana Lyssa yang beriya-iya menghalang hubungan Ziera dan Fied
serta Fiqa dan Hanz.
Suatu
hari, Lyssa bercadang untuk menemui Danny yang merupakan salah seorang daripada
ahli kumpulan M.S.S yang dikatakan musuh utama G.C.M dan merekalah yang paling
kuat menyebarkan propaganda mengenai G.C.M .
Keesokan harinya, ahli G.C.M digemparkan dengan berita
mengenai Lyssa dan Danny. Menurut apa yang mereka dengar, Lyssa dan Danny telah
pun kembali seperti dulu and memandangkan Danny ialah ahli M.S.S jadi Lyssa
terpaksa meninggalkan group G.C.M .
Mereka
cuba untuk mencari kepastian daripada Lyssa sendiri namun Lyssa sentiasa sibuk
dengan hal pelajaran dan sukannya. Oleh itu, mereka tiada kesempatan untuk
bertanya sehinggalah ke cuti pertengahan semester. Mereka cuba mencari Lyssa di
Facebook, twitter malah melihat blognya jika ada sebarang post yang
menceritakan tentang G.C.M namun usaha mereka tidak membuahkan hasil. Apa
yang lebih memeranjatkan mereka ialah
group G.C.M di Facebook turut dihapuskan.
Mereka
tidak berputus asa, mereka cuba mencari Lyssa di sekolah. Pada mulanya mereka
beranggapan bahawa Lyssa mungkin pulang ke asrama lewat namun Fied memberitahu
Ziera bahawa Lyssa telah berpindah ke sekolah lain bersama Danny semata-mata
ingin menjauhkan diri daripada G.C.M. ‘ Lyssa dah tak tahan dengan caci maki
terhadap G.C.M, so dia decideuntuk keluar seperti yang diminta oleh Danny ’.
Mereka
sangat tidak menyangka bahawa Lyssa yang mereka kenal akan meninggalkan G.C.M
dan lebih memilih Danny daripada G.C.M. “ Aku ingat dia yang beiya-iya suruh
kita jangan dengar cakap lelaki, rupa-rupanya dia lebih teruk!”.
“ Apa
yang dia tak tahan, selama ni dia sabar jewk. Lagipun sekarang ni, budak laki
dah tak ada lagi probs dengan kita. Aku dah tak dengar langsung budak-budak ni
kutuk kita! Apa masalah Lyssa ni?”.
Tiba-tiba
Sofie bersuara, “ Mulai hari ni, aku dah tak kenal lagi orang yang nama Lyssa
dan aku tak pernah kenal perempuan tu! “. Sofie terus pergi dari perjumpaan
G.C.M , diikuti oleh ahli-ahli yang lain satu per satu.
Fied
yang ketika itu ada bersama Hanz agak terkejut dengan apa yang mereka lihat.
G.C.M seperti akan berpecah ekoran apa yang Lyssa lakukan. Selama ni, Lyssa
seperti penasihat kepada mereka semua dan tanpa Lyssa G.C.M tak akan jadi
seperti dulu.
“ Perlu
ke kita beritahu perkara yang ada dalam rakaman ni?”, kata Fied sambil
menunjukkan cd ditangannya. Hanz menjawab, “ Nope, kita kena ikut apa yang dia
suruh. One month after she gone”.
Sejak
hari tu, G.C.M mula bergerak secara persendirian dan tidak terikat kepada satu
kumpulan yang besar tersebut. Mereka juga mengisytiharkan bahawa G.C.M telah
pun berpecah dan mereka harap tiada lagi masalah yang akan berlaku. Fied dan
Ziera kembali berhubungan, begitu juga dengan Hanz dan Fiqa. Tiada lagi yang
mengganggu hubungan mereka, Nola dan Sofie pun dah tak ambil kisah memandangkan
mereka dah tak rapat sekarang ni. ‘Just let them do what they want’….
|