Autobiography
♥♥♥ Hye ! Welcome to my Riotz World ♥♥♥ P/S : Please be nice here , thank you Status <3
BIOMEDICAL SCIENCES STUDENTS IIUM KUANTAN
My Music Credits
Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : Scha Aye Jay Others: ♥♥♥ ♦-----------------------------------------♦
| Sad Story in age of 16 ..
Wah, kenyang betul lepas mkan dekat
kantin. Seronok nampaknya Scha bila kawan-kawannya belanja dia makan sempena
birthday dia yang ke 16. Whooa ! Sweet sixteen lah maknanya Scha sekarang ni. Seperti
tahun-tahun berikutnya, Scha turut senaraikan beberapa wishes untuk tahun ini. Apa wishes nya?
Just keep it secret, okay.
Waktu rehat rasanya dah nak habis, so why not peri
kelas awal sikit. Lepas ni subjek yang paling digeruni kerana cikgunya, so tak
perlulah cari pasal masuk lambat okay. Belum sampai kelas lagi dah dengar
bising-bising, mesti ada benda menarik ni. Scha dengan kawan-kawannya pun
bergegas pergi ke kelas. Tapi, tunggu
sekejap. Asal mereka semua berkumpul dekta meja Scha?
Scha pun segera masuk, “ Asal korang semua berkumpul
dekat tempat aku?”.
“ Kau boleh sabar dulu tak, Dean?” East cuba
menenangkan Dean iaitu sepupunya. “ Scha, ikut aku sekejap!”, Scha pun
mengikuti East dari belakang.
Wajah Scha terpampang rasa serba salah, “ Sorry sebab
tak bagitahu perkara sebenar. Aku just tak nak kau tahu masa lampau aku dengan
cousin kau sendiri “. Scha melarikan diri.
East cuba mengejar tapi dihalang oleh rakan-rakan
Scha. Shy, teman rapat Scha bersuara, “Please jangan tanya pasal hal ni dekat
Scha, biar we all yang story”.
Setelah berbincang dengan Shy, East bersetuju untuk
jumpa dengan mereka pada waktu dan tempat yang ditentukan. Buat masa ni, lebih
baik East tak jumpa dengan Scha dulu memandangkan fikirannya sedang bercelaru
sikit. Lagipun Scha ada tournament
beberapa hari lagi, so better bagi Scha sedikit masa untuk dua perkara tersebut.
Seperti yang dijanjikan,
mereka pun berjumpa di bilik muzik. Bukan setakat Shy sahaja yang dating, Dean
turut dibawa. East agak terkejut apabila melihat Dean turut datang. Setiba sahaja
di hadapan East, Dean terus memeluk cousinnya dan menangis. Dean megeluarkan
handphone-nya dan memberikannya kepada East. Dean mahu menunjukkan satu video
yang berlaku pada perkhemahan di pulau yang lepas.
“ Wow, I don’t know you could sing Korean song. Impressive,
rasa rugi pula tak join”, kata East.
Dean bersuara dan suaranya agak tersekat untuk
mengatakannya, “ That song is dedicated to someone East. Orang yang aku sayang,
the person that I love the most”. Dean mula
menitiskan air matanya.
“ Kenapa tak tunjuk expression Fina? Lagu ni untuk
dia kan”, tanya East setelah video tersebut tamat. “ Just nampak muka Scha je,
tapi kenapa dia nampak macam touching “.
“ Sebab lagu tu untuk Scha, East. Tu yang cuba Dean katakan”,
kata Shy.
East agak terkejut apabila mendengar kata-kata Shy. Selama
ini East menyangka bahawa yang Dean sayangkan hanyalah Fina. Tak pernah pun
Dean menunjukkan sebarang tanda bahawa dia pernah ada sebarang hubungan dengan
Scha sejak hari pertama dia masuk ke sekolah ini. Dean tak mampu mengatakan
apa-apa, selama ini East tahu mengenai kisah cinta Dean namun dia tak pernah
tahu siapa perempuan tersebut walaupun setelah berpindah ke sekolah tersebut. East
langsung tidak menyangka bahawa permepuan tersebut ialah sahabat lamanya ketika
di tadika iaitu Scha.
Shy menerangkan bahawa lagu tersebut bertajuk ‘ Bad
Woman’, daripada kumpulan FT Island. Lagu tersebut merupakan salah satu lagu
kegemaran Scha dan Scha sangat tahu maksud lagu tersebut. Lagu tersebut amat
menyentuh hati Scha dan sangat tidak menyangka bahawa lagu tersebut memang ditujukan khas kepadanya.
Ketika itu, hati Scha
sangat sebak dengan lagu yang Dean nyanyikan dan kesannya kekal hingga
sekarang. Kekacauan ketika waktu rehat berlaku kerana Dean ingin mendapatkan
kepastian mengenai perasaan Scha yang sebenarnya apabila dia mengetahui apa
yang Scha rasakan mengenai lagu tersebut melalui blog Scha. Namun apa yang Dean
lakukan telah di salah ertikan sehingga menimbulkan kekacauan. Dean cuma mahu
penjelasan dan hanya ingin memohon maaf di atas apa yang telah dia lakukan.
“ Lagu tu sangat memberi makna bagi aku Dean, kau tak
faham betapa lukanya hati aku bila dapat tahu lagu tersebut untuk aku “.
Mereka menoleh ke belakang. Dean bersuara, “ Aku
minta maaf, Scha. Aku cuma nak express-kan perasaan aku ketika tu dan aku nampak
kau at that moment. Aku minta maaf Scha”.
“ It’s too late. And I will pa back this song for
you, memandangkan kau tak ada masa aku nyanyikan lagu ni”, Scha menuju ke piano
dan mula memainkan ‘After Love’ daripada kumpulan FT Island . Perlahan-lahan muzik dialunkan.
Dean tahu maksud lagu
tersebut kerana dia tahu semua lagu yang Scha suka. Bagi Dean, Scha perempuan yang
sangat dia sayang dan dia mahu sayangi Scha sepenuh hatinya namun Dean tahu dia
tak mampu melakukannya kerana ada Fina.
Tamat sahaja lagu tersebut, Scha bersuara, “ Dulu aku
fikir dua perkara yang harus kita lakukan untuk berpisah. Pertama, kita lupakan
satu sama lain tapi aku tahu ia tak akan berkesan. So aku pilih jalan yang
kedua iaitu kita benci akan satu sama lain”.
Dean terkejut apabila mendengar kata-kata tersebut, “
How can I hate person that I love?”.
“ Anggaplah aku seperti perempuan dalam lagu tersebut
dan aku anggap kau seperti dalam lagu
tadi. Kita tak ditakdirkan untuk bersama”, Scha pun beredar keluar dari bilik
muzik.
Shy dan East halang Dean daripada mengejar Scha. Mereka
harap Dean dapat lakukan apa yang Scha minta dan mulai hari ini, anggapplah
Dean dan Scha tak akan bertegur seperti musuh . Sebelum terlupa, Shy memberikan
iPad dan biarkan Dean membaca post yang Scha tulis dalam blog-nya.
“ Apa maksud kata-kata
terakhir ni?”, tanya Dean kepada mereka berdua.
East pun menjawab, “ Aku akan tunggu dia sehingga
habis sekolah dan lepas tu dia akan jadi milik aku. Stop thinking about her, cause
for her you better think about Fina”.
Dean faham, mungkin
memang itu yang patut dia lakukan. Fina perlukan Dean ketika ini di situasi
kritikalnya, kerana sebab Dean bersama Fina pada mulanya. Mereka memerlukan
satu sama lain namun hati Dean lebih memerlukan Scha. Sayangnya, Scha bukan
miliknya lagi.
|